Isnin, 27 Julai 2009
Baru Bermula...
Saya baru mahu memulakan catatan pada blog ini. Sebelum ini saya agak sibuk dengan rutin kuliah yang padat. Tapi kini sudah di akhir semester kesibukannya tidaklah terlalu menekan dan sudah pastinya saya punya waktu untuk mengaktifkan blog ini semula. Saya amat mengagumi blog Celik Huruf. Penceritaan kehidupannya sehari-hari begitu mengujakan apatah lagi bahasa yang digunakan penuh dengan estetika. Sesekali saya menjengah blog kawan-kawan saya yang dipenuhi karya sendiri. Saya menjadi cemburu kerana mereka sudah lama ke depan berbanding saya yang baru merangkak untuk berblog. Seharusnya saya seiring dengan mereka tapi sikap menangguh itu sebenarnya merugikan diri saya sendiri. Saya amat berharap blog saya yang dibina ini dapat memberi manfaat pada semua. Insyaallah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan